Satu lagi berita gembira dan positif yang ingin saya kongsikan di sini bahawa Chery Malaysia berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia seramai 4501 orang antara September sehingga Disember 2023.
Walaupun Chery Malaysia baru sahaja memperkenalkan 2 model keretanya iaitu Omoda dan Tiggo, ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
ini juga bukti bahawa jentera keluaran Chery mampu bersaing dengan jenama kereta yang ada di pasaran sekarang. Menariknya, sehingga Disember 2023, 80% dari jualan yang diterima datangnya dari model Omoda 5.
Yang lebih memeranjatkan adalah dari hasil survey yang dijalankan untuk 1000 orang pembeli, rata-rata mereka memberikan rating 94/100 untuk kualiti pemanduan dan keselesaan.
Bukankah ini yang menjadi faktor utama kepada sesiapapun yang ingin memiliki kenderaan?
Omoda 5 sememangnya mempunya “good looking” dan ‘performance” yang sangat mengujakan, terutamanya untuk mereka yang bercitarasa “orang muda”.
Walaubagaimanapun, untuk tahun 2024 ini diperhatikan juga yang selera rakyat Malaysia telah menunjukkan bahawa kereta keluarga Tiggo juga semakin mendapat tempat di hati mereka. Apatah lagi dengan warna terbaru yang telah ditawarkan.
Jika anda ingin merasai sendiri keunikan kerta EV Chery ini, jemput datang ke showroom kami dan saya sendiri akan membantu anda untuk test-drive kereta idaman Chery anda!