Kisahnya bermula dengan dengan “referral” atau rujukan dari kawan sekampung yang memberi cadangan agar kawannya untuk memiliki kereta yang sama sepertinya. Pelanggan baru saya ini seorang cikgu yang mengajar di pedalaman sekitar Gemas Negeri Sembilan. Kalau pergi kawasannya memang tiada apa pun, nak tengok kereta terpaksa menempuh perjalanan sekitar 1 jam lebih baru sampai ke bandar Seremban. Jadinya, nak memudahkan untuk memiliki kereta ini kawannya tadi iaitu pelanggan saya juga telah merujuk kepada saya untuk memiliki kereta ini.
Kawannya pun menghubungi saya dan memaklumkan yang kawannya berminat untuk memilik kereta SUV Omoda 5 ini. Dengan pantas, saya terus menghubungi kawannya itu dan menerangkan proses pemilikan kereta ini dari awal sampai akhir. Tanpa melengahkan masa, selepas perbualan telefon ditamatkan, semua dokumen yang diperlukan pun sampai melalui “whatsapp” selepas itu. Lantas, saya terus hantar kepada pegawai bank untuk proses permohonan pinjaman kereta.
Keesokkannya, dikhabarkan berita gembira pinjaman kereta tersebut LULUS dan faedahnya juga amat menarik! Terus saya berhubung dengan pelanggan saya Cikgu tersebut dan memaklumkan pinjaman ini telah lulus. Maka urusan seterusnya adalah menandatangani perjanjian sewa beli kereta dengan bank di Seremban. Kenapa Seremban pula? Sebabnya kawasan yang berhampiran dengan tempatnya adalah di Seremban. Walaupun saya berada di Johor Bahru, urusan bank semua boleh dilakukan diluar Johor bahru juga.
Selepas urusan menandatangani perjanjian sewa beli kereta ini selesai, maka saya pun meneruskan urusan untuk menyiapkan kereta tersebut. Seperti kebiasaan, tanggungjawab sebagai penjual kereta untuk memastikan kereta pelanggan adalah dalam keadaan terbaik sebelum serahan dibuat.
Saat harinya, penghantaran kereta dibuat pada 12hb Jun 2024 dan kereta tersebut dipandu sendiri oleh saya dari JB ke Gemas Negeri Sembilan. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang hampir 3 jam, Alhamdulillah sepanjang perjalanan dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi pada jam 1 petang.
Kehadiran saya disambut dengan senyuman cikgu tersebut sambil merakam video saat ketibaan tersebut. Sesi penerangan dan serahan pun saya mulakan selepas cikgu tersebut berpuas hati melihat kondisi kereta tersebut.
Setelah selesai semuanya, maka saya pun berangkat pulang semula ke JB dengan menaiki kereta sahabat yang turut serta sekali untuk penghantaran kereta ini.