Baru sahaja kita di Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga diesel. Tapi adakah harga petrol akan kekal seperti sekarang? Kita jangkakan akan ada kenaikan harga petrol tak lama lagi. Ini akan memberikan impak yang besar kepada semua orang kerana kos penggunaan petrol akan meningkat, sekaligus meningkatkan lagi kos sara hidup. Hujungnya, semua orang terkesan dengan kenaikan harga petrol ini kerana majoriti pengguna kenderaan adalah menggunakan petrol.
Dengan berita kenaikan harga diesel yang lepas juga, kita sudah nampak impak kenaikan harga tersebut ke atas kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pengguna yang menggunakan kenderaan diesel juga mula mengeluh akan kenaikan harga diesel tersebut.
Kini, orang ramai mula mencari alternatif lain selain kenderaan petrol dan diesel. Alternatif lain yang dimaksudkan itu adalah kenderaan elektrik ataupun “electric vehicle” (EV).
Kenderaan elektrik (EV) ini adalah menggunakan sepenuhnya sumber elektrik yang dicas kepada bateri kenderaan. Kos penggunaan setiap kali cas penuh dan kos penyelenggaraannya juga adalah lebih murah.
Seperti Chery Malaysia, kami ada sebuah model kereta EV yang mendapat sambutan hangat dikalangan orang ramai. Model yang dimaksudkan adalah OMODA E5 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac 2024 yang lepas.
OMODA E5 ini setiap kali cas penuh bateri adalah sebanyak 61kWh dan jarak perjalanan sehingga 430km (WLTP). Jika kita cas dirumah menggunakan “portable adapter” yg dibekalkan, kos cas penuh mengikut kiraan adalah seperti berikut :
Kadar caj TNB tier ketiga : RM0.57
Kadar cas penuh bateri : 61kWh
Jumlah caj ialah : RM0.57 x 61kWh = RM34.77
Bayangkan jika penggunaan petrol kita adalah sebanyak RM150/seminggu. Maka perbelanjaan petrol sebulan adalah lebih kurang RM600.
Manakala caj penggunaan kereta EV pula di andaikan cas penuh sebanyak 2 kali seminggu. Maka caj sebulan adalah lebih kurang RM278.16
Perbezaan penjimatan sebanyak RM321.84 ini boleh digunakan untuk bayaran komitmen yang lain.
Dari segi penjagaan dan penyelenggaraan tidaklah sebanyak kereta yang menggunakan petrol/diesel. Setiap kali servis juga adalah setiap 10,000km, manakala kereta EV ini setiap 15,000km dan kosnya adalah tidak semahal kereta petrol/diesel.
Pasti ada yang tertanya berkenaan jaminan @ “warranty” bateri tersebut itu kan? Untuk bateri & motor jaminan yang diberikan oleh Chery Malaysia adalah selama 8 tahun @ 160,000km. Manakala jika “battery health” kurang dari 70% dalam tempoh jaminan tersebut, Chery akan tukarkan bateri yang baru “1 to 1”.
Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang spesifikasi model OMODA E5 ini, anda boleh hubungi saya terus di talian 017-555 7413. Bukan setakat info sahaja, saya juga boleh masukkan slot untuk anda pandu uji model ini dan rasai pemanduan yang selesa tanpa kedengaran bunyi enjin.
Anda juga dijemput untuk datang ke showroom bagi pandu uji kereta ini.
Tapi sebelum hendak datang, anda disarankan untuk membuat temujanji awal ya!
Chery Malaysia juga ada memberikan promosi OMODA E5 kepada pelanggan yang membuat tempahan segera. Antaranya ialah, percuma “wallbox charger”, V2L, RM1000 kredit JomCharge dan pastinya hadiah misteri dari saya nanti.
Shaiful Azman – Chery Johor Bahru – 017.555.7413